Waniey Nini DAA3 - Wani Azmahirwani Nordin

Biografi Profil Biodata Waniey Niniy Nordin D'Academy Asia 3 Malaysia - Adik Wani Waniey NordinWaniey Nordin yang bernama asli Azmahirwani Nordin atau terkenal dengan nama Adik Wani adalah penyanyi wanita berhijab dari Malaysia. Waniey Nordin yang berasal dari Kelaburan, Tumpat, Kelantan, Malaysia adalah penyanyi berGenre Dikir Barat Moden, Lagu Loghat Kelate (disadur dengan pelbagai irama seperti pop, R&B dan hindustan) dan memiliki album populer Jagoh 10 Gegar dengan Lagu Sekuntum Mawar Merah.

Adik Wani seorang penyanyi Dikir Barat Moden merupakan penyanyi yang sangat populer di Kelantan. Sejak usia 13 tahun hingga sekarang telah mengeluarkan 20 album lebih. Dia pernah muncul dengan album baru berjudul ‘Tokseh Karpet’ keluaran Etnik Production yang turut menampilkan artis seperti Man Khan, Rosalinda, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Yoe T.M dan penyanyi baru, Ayu Baby.

Tampil bertudung dalam klip video lagu “Huk Aloh Laa” iaitu lagu Ya Hanana versi Kelantan yang dinyanyikan bersama penyanyi-penyanyi seangkatan dari negeri pantai timur iaitu Man Khan, Fendi Kenali dan Rosalinda. Azmahirwani Nordin pernah dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya, namun telah meminta maaf di atas perkara tersebut. - D'Academy Asia 3 Malaysia

#Lihat pula : Biodata Rahila Rashun DAA3 Wakil Singapura